Monday, December 5, 2011

Hidup hanya sementara

     Hari ini aku mendapat khabar kematian suami sepupuku.  Baru semalam katanya bersama-sama ke majlis perkahwinan di sebelah paginya.  Petang itu tunggu-tunggu tak balik-balik dan call tak angkat, rupanya dia telah pergi untuk selama-lamanya. Kemalangan kerana dilanggar lori semasa menaiki motosikal dari rumah ibunya untuk pulang ke rumah...Al-Fatihah untuk arwah...
     Kita selalu lupa bahawa kebahagian yang diberi ini hanyalah sementara. Aku tak dapat bayangkan perkara yang sama jika berlaku ke atas diri ini.  Satu ketika dulu ketika arwah ibu sakit, aku selalu tidak mahu membayangkan saat menghadapi kehilangan orang tersayang.  Tapi saat itu datang jua...ibu pergi meninggalkan kami, baru sekarang terasa betapa rindunya tak dapat menatap wajahnya. Semasa arwah masih hidup dulu walaupun tinggal dekat tapi tak datang selalu melawatnya...tapi datang bila ada masalah...bila rindu dah lama tak jumpa, bila teringat nak makan apa yang mak masak, bila runsing dengan masalah peribadi...
     Rumah emak adalah tempat yang paling selesa bila hati runsing...duduk di tepi tingkat dekat dapur sambil merenung keluar..selalunya mak akan memerhati dan selalu bertanya...nak makan itukah?..inikah? nanti mak masakkan nak?...nak minum ke?...itulah suara kasih sayang ibu yang aku tidak sedar sehinggalah mak pergi...walaupun pernah seorang mantan Bosku berpesan.."Syah...pergi lah selalu tengok mak masa dia masih ada..esok kalau dia dah tak ada..kau menyesal.."   Aku banyak berbuat kesalahan pada mak tetapi di saat hampir akan ajalnya, mak sempat berbisik yang  aku tidak berbuat apa-apa kesalahan padanya..membuatkan aku tersangat hiba...Mak..semoga mak di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan damailah di sana...Al-Fatihah...
   

1 comment: