Friday, December 16, 2011

Bersara 60 tahun?

Minggu lepas dan sebelumnya sibuk pula dengan skim gaji baru untuk pegawai kerajaan terutamanya guru. SPBA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam selain menawarkan gaji baru juga pilihan umur persaraan pilihan sehingga umur 60 tahun...Aku bukan nak cakap pasal kenaikan gaji, cuma nak cakap tentang umur persaraan...bagi mereka yang bekerja pada 01.01.2012 mereka terpaksa bekerja sehingga 60 tahun dan tiada peluang untuk membuat pilihan umur persaraan kepada 60 tahun, tetapi mereka  yang mula bekerja sebelum 01.01.2011, boleh membuat pilihan.... terpulanglah kepada masing-masing tetapi ada cakap-cakap yang tak sedap telinga ni mendengarnya tentang tidak mahu memilih bersara 60 tahun.....umpamanya:
1. "Alah...tak nak la..takut nanti dah nyanyuk...jalan pun dah tak larat" kata si polan
2." Ehss...takut nak pegang pensel pun dah tak mampu" kata pula si jolan
itulah antara keluhan yang aku dengar oleh mereka yang tidak mahu bekerja sehingga 60 tahun.  Ada tu pulak semasa berkursus ada pegawai yang seolah-olah memberi amaran kepada pegawai-pegawai agar tidak sign 60 tahun dan berfikir banyak kali kerana katanya menyusahkan orang lain kerana dah tak fit untuk bekerja  dan memberi peluang kepada orang lain bekerja....juga ditakuti tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dengan umur yang sedemikian...Mungkin ada juga ada  kebenarannya..jika kesihatan sudah tidak mengizinkan lebih baik la lupakan hasrat untuk menyambung bekerja.
Tapi pada aku tepuk dada tanya hati...tanya badan..bukan tanya selera..kalau tanya selera semua kita nak buat ..maklum la ikut selera tanpa gunakan fikiran..sekiranya kesihatan baik..mampu melaksanakan tugas dengan baik tanpa menjejaskan prestasi kerja..carry on..sign la sampai umur 60 tahun...adakalanya orang-orang veteran mempunyai semangat kerja yang lebih tinggi dan lebih baik daripada anak-anak muda yang baru bekerja. Tetapi sebenarnya kalau seseorang itu daripada muda dah memang malas bekerja...belum bersara pun dah rupa macam esok nak bersara..lupakan lah hasrat nak sign 60 tu.
.Ada tu umur baru 30 an tapi dah bayangkan orang berumur 60 tahun tu dah takde gigi...rambut dah hampir botak...jalan dah menggigil..nak pegang pensel pun dah tak boleh...(ini yang jenis tua sebelum masanya...sebab dia nampak seperti berumur 50an walaupun baru masuk 30 an..)
Apa pun adalah lebih baik jika kita diam sahaja tanpa komen apa-apa...kalau dah rasa cukup sihat untuk bekerja sign sahaja...kalau rasa tak mampu tak payah sign dan jangan komen apa-apa yang menyakitkan hati orang yang nak bekerja sehingga 60 tahun...kerana aku rasa jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat dan kesihatan semakin baik berbanding dahulu...dan pada umur yang demikian boleh menyumbang lebih baik melalui pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang mereka ceburi...orang yang tidak minat bekerja..sampai bila-bila pun dia tidak akan minat...orang macam ini pada pendapat aku, hanya bekerja untuk menyara diri tanpa merasa bertanggungjawab atas apa yang dibuatnya....

No comments:

Post a Comment