Bercakap tentang asam pedas Melaka ni...ramai orang luar yang datang melaka tidak tahu rasa asam pedas yang sebenar...tapi kalau yang dah tahu kesedapannye dia akan datang mencari....Aku ni nak kata pandai sangat masak asam pedas tu tak la jugak tapi boleh la share untuk mencuba memasaknya...resepi yang cukup simple dan senang disediakan..yang penting sekali dalam bab ni ialah memilih daging atau ikan yang hendak dimasak. kalau untuk Asam pedas daging...dagingnya mestilah daging yang disaluti lemak sedikit...jgn daging semata..kerana daging yang disaluti lemak biasanya lebih lembut...daging mestilah direbus terlebih dahulu dalam api yang kecil sehingga ianya empuk..jangan guna api yang kuat kerana itu akan memeranjatkan daging dan ianya akan menjadikannya liat walaupun direbus lama..tapi ikan tiada masalah...cuma kalau yang fresh rasanya lebih sedap..hahaha...
Untuk ramuanya pula ialah bawang putih, halia, bawang merah, serai, kunyit, cili kering, asam jawa, minyak untuk menumis, daun kesom atau daun limau perut bergantung kepada pilihan anda...masukkan juga bunga kantan untuk menjadikannya lebih ummpp...
Untuk setengah kilo daging...hanya memerlukan 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, 3 batang serai, 2 ruas halia, 2 ruas kunyit hidup atau 1/2 sudu makan kunyit serbuk (ruas jari) dan 15 tangkai cili kering....blendkan kesemua bawang, kunyit dan halia, titikkan serai...blendkan juga cili...selepas itu tuangkan minyak dalam periuk sehingga panas dan.tumiskan ramuan yang telah diblend tadi..setelah agak garing masukkan cili yg juga telah diblend..kacau hingga garing ...
Dalam apa-apa juga masakan sama ada masak kuah atau sambal..ramuan mesti lah dimasak hingga garing kemudian masukkan cili dan kacau hingga garing juga untuk mendapat hasil masakan yg baik dan sedap (petua)..berbalik kepada ramuan cili tadi...setelah garing masukkan daun kesum atau daun limau perut..kacau sebentar...tuang daging yang telah empuk direbus bersama airnya sekali, kacau...biarkan ianya direneh sebentar untuk memesrakan daging dan ramuan tadi dan gunakan api yang kecil atau sederhana...akhir sekali masukkan air asam...jgn terlalu byk...dan seterusnya masukkan bunga kantan, garam dan serbuk perasa jika suka...ada yg suka kentang boleh la masukkan kentang yang dibelah empat ...dan masaklah sehingga kentang empuk...jika anda memasukkan kentang...pastikan ramuan cilinya dilebihkan sedikit dan airnya lebih kerana kentang akan menyerap kuah...jika tidak mahu kentang...biarlah asam pedas direnehkan dengan api yang kecil sehingga lebih kurang 15 minit...kemudian tutup api....(untuk asam pedas ikan, bende atau terung adalah lebih sesuai daripada kentang)
Hidangan ini sedap dipadankan dengan sambal belacan mangga atau belimbing....telur masin atau ikan masin bersama sayur kubis goreng dan papadom seperti yang dihidangkan di gerai atau restoran...elok juga diselitkan dengan ulaman bersama sambal belacan...
Sebenarnya asam pedas boleh dimasak dengan berbagai cara..ada yang meletakkan rempah ratus seperti sedikit ketumbar, jintan halus dan jintan kasar tetapi cara di atas adalah yang paling simple dan mudah....ada juga yang memasukkan lada hitam...tetapi jika kita masukkan lada hitam ianya tidak banyak berbeza dengan apa yang kita panggil masak lada....lain kali saya akan bagi resepi ikan masak lada pula....selamat mencuba!
Madam AJ's passion
Tuesday, January 24, 2012
Friday, December 16, 2011
Bersara 60 tahun?
Minggu lepas dan sebelumnya sibuk pula dengan skim gaji baru untuk pegawai kerajaan terutamanya guru. SPBA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam selain menawarkan gaji baru juga pilihan umur persaraan pilihan sehingga umur 60 tahun...Aku bukan nak cakap pasal kenaikan gaji, cuma nak cakap tentang umur persaraan...bagi mereka yang bekerja pada 01.01.2012 mereka terpaksa bekerja sehingga 60 tahun dan tiada peluang untuk membuat pilihan umur persaraan kepada 60 tahun, tetapi mereka yang mula bekerja sebelum 01.01.2011, boleh membuat pilihan.... terpulanglah kepada masing-masing tetapi ada cakap-cakap yang tak sedap telinga ni mendengarnya tentang tidak mahu memilih bersara 60 tahun.....umpamanya:
1. "Alah...tak nak la..takut nanti dah nyanyuk...jalan pun dah tak larat" kata si polan
2." Ehss...takut nak pegang pensel pun dah tak mampu" kata pula si jolan
itulah antara keluhan yang aku dengar oleh mereka yang tidak mahu bekerja sehingga 60 tahun. Ada tu pulak semasa berkursus ada pegawai yang seolah-olah memberi amaran kepada pegawai-pegawai agar tidak sign 60 tahun dan berfikir banyak kali kerana katanya menyusahkan orang lain kerana dah tak fit untuk bekerja dan memberi peluang kepada orang lain bekerja....juga ditakuti tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik dengan umur yang sedemikian...Mungkin ada juga ada kebenarannya..jika kesihatan sudah tidak mengizinkan lebih baik la lupakan hasrat untuk menyambung bekerja.
Tapi pada aku tepuk dada tanya hati...tanya badan..bukan tanya selera..kalau tanya selera semua kita nak buat ..maklum la ikut selera tanpa gunakan fikiran..sekiranya kesihatan baik..mampu melaksanakan tugas dengan baik tanpa menjejaskan prestasi kerja..carry on..sign la sampai umur 60 tahun...adakalanya orang-orang veteran mempunyai semangat kerja yang lebih tinggi dan lebih baik daripada anak-anak muda yang baru bekerja. Tetapi sebenarnya kalau seseorang itu daripada muda dah memang malas bekerja...belum bersara pun dah rupa macam esok nak bersara..lupakan lah hasrat nak sign 60 tu.
.Ada tu umur baru 30 an tapi dah bayangkan orang berumur 60 tahun tu dah takde gigi...rambut dah hampir botak...jalan dah menggigil..nak pegang pensel pun dah tak boleh...(ini yang jenis tua sebelum masanya...sebab dia nampak seperti berumur 50an walaupun baru masuk 30 an..)
Apa pun adalah lebih baik jika kita diam sahaja tanpa komen apa-apa...kalau dah rasa cukup sihat untuk bekerja sign sahaja...kalau rasa tak mampu tak payah sign dan jangan komen apa-apa yang menyakitkan hati orang yang nak bekerja sehingga 60 tahun...kerana aku rasa jangka hayat penduduk Malaysia semakin meningkat dan kesihatan semakin baik berbanding dahulu...dan pada umur yang demikian boleh menyumbang lebih baik melalui pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang mereka ceburi...orang yang tidak minat bekerja..sampai bila-bila pun dia tidak akan minat...orang macam ini pada pendapat aku, hanya bekerja untuk menyara diri tanpa merasa bertanggungjawab atas apa yang dibuatnya....

Monday, December 5, 2011
Hidup hanya sementara
Hari ini aku mendapat khabar kematian suami sepupuku. Baru semalam katanya bersama-sama ke majlis perkahwinan di sebelah paginya. Petang itu tunggu-tunggu tak balik-balik dan call tak angkat, rupanya dia telah pergi untuk selama-lamanya. Kemalangan kerana dilanggar lori semasa menaiki motosikal dari rumah ibunya untuk pulang ke rumah...Al-Fatihah untuk arwah...
Kita selalu lupa bahawa kebahagian yang diberi ini hanyalah sementara. Aku tak dapat bayangkan perkara yang sama jika berlaku ke atas diri ini. Satu ketika dulu ketika arwah ibu sakit, aku selalu tidak mahu membayangkan saat menghadapi kehilangan orang tersayang. Tapi saat itu datang jua...ibu pergi meninggalkan kami, baru sekarang terasa betapa rindunya tak dapat menatap wajahnya. Semasa arwah masih hidup dulu walaupun tinggal dekat tapi tak datang selalu melawatnya...tapi datang bila ada masalah...bila rindu dah lama tak jumpa, bila teringat nak makan apa yang mak masak, bila runsing dengan masalah peribadi...
Rumah emak adalah tempat yang paling selesa bila hati runsing...duduk di tepi tingkat dekat dapur sambil merenung keluar..selalunya mak akan memerhati dan selalu bertanya...nak makan itukah?..inikah? nanti mak masakkan nak?...nak minum ke?...itulah suara kasih sayang ibu yang aku tidak sedar sehinggalah mak pergi...walaupun pernah seorang mantan Bosku berpesan.."Syah...pergi lah selalu tengok mak masa dia masih ada..esok kalau dia dah tak ada..kau menyesal.." Aku banyak berbuat kesalahan pada mak tetapi di saat hampir akan ajalnya, mak sempat berbisik yang aku tidak berbuat apa-apa kesalahan padanya..membuatkan aku tersangat hiba...Mak..semoga mak di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan damailah di sana...Al-Fatihah...

Subscribe to:
Comments (Atom)