Bercakap tentang asam pedas Melaka ni...ramai orang luar yang datang melaka tidak tahu rasa asam pedas yang sebenar...tapi kalau yang dah tahu kesedapannye dia akan datang mencari....Aku ni nak kata pandai sangat masak asam pedas tu tak la jugak tapi boleh la share untuk mencuba memasaknya...resepi yang cukup simple dan senang disediakan..yang penting sekali dalam bab ni ialah memilih daging atau ikan yang hendak dimasak. kalau untuk Asam pedas daging...dagingnya mestilah daging yang disaluti lemak sedikit...jgn daging semata..kerana daging yang disaluti lemak biasanya lebih lembut...daging mestilah direbus terlebih dahulu dalam api yang kecil sehingga ianya empuk..jangan guna api yang kuat kerana itu akan memeranjatkan daging dan ianya akan menjadikannya liat walaupun direbus lama..tapi ikan tiada masalah...cuma kalau yang fresh rasanya lebih sedap..hahaha...
Untuk ramuanya pula ialah bawang putih, halia, bawang merah, serai, kunyit, cili kering, asam jawa, minyak untuk menumis, daun kesom atau daun limau perut bergantung kepada pilihan anda...masukkan juga bunga kantan untuk menjadikannya lebih ummpp...
Untuk setengah kilo daging...hanya memerlukan 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, 3 batang serai, 2 ruas halia, 2 ruas kunyit hidup atau 1/2 sudu makan kunyit serbuk (ruas jari) dan 15 tangkai cili kering....blendkan kesemua bawang, kunyit dan halia, titikkan serai...blendkan juga cili...selepas itu tuangkan minyak dalam periuk sehingga panas dan.tumiskan ramuan yang telah diblend tadi..setelah agak garing masukkan cili yg juga telah diblend..kacau hingga garing ...
Dalam apa-apa juga masakan sama ada masak kuah atau sambal..ramuan mesti lah dimasak hingga garing kemudian masukkan cili dan kacau hingga garing juga untuk mendapat hasil masakan yg baik dan sedap (petua)..berbalik kepada ramuan cili tadi...setelah garing masukkan daun kesum atau daun limau perut..kacau sebentar...tuang daging yang telah empuk direbus bersama airnya sekali, kacau...biarkan ianya direneh sebentar untuk memesrakan daging dan ramuan tadi dan gunakan api yang kecil atau sederhana...akhir sekali masukkan air asam...jgn terlalu byk...dan seterusnya masukkan bunga kantan, garam dan serbuk perasa jika suka...ada yg suka kentang boleh la masukkan kentang yang dibelah empat ...dan masaklah sehingga kentang empuk...jika anda memasukkan kentang...pastikan ramuan cilinya dilebihkan sedikit dan airnya lebih kerana kentang akan menyerap kuah...jika tidak mahu kentang...biarlah asam pedas direnehkan dengan api yang kecil sehingga lebih kurang 15 minit...kemudian tutup api....(untuk asam pedas ikan, bende atau terung adalah lebih sesuai daripada kentang)
Hidangan ini sedap dipadankan dengan sambal belacan mangga atau belimbing....telur masin atau ikan masin bersama sayur kubis goreng dan papadom seperti yang dihidangkan di gerai atau restoran...elok juga diselitkan dengan ulaman bersama sambal belacan...
Sebenarnya asam pedas boleh dimasak dengan berbagai cara..ada yang meletakkan rempah ratus seperti sedikit ketumbar, jintan halus dan jintan kasar tetapi cara di atas adalah yang paling simple dan mudah....ada juga yang memasukkan lada hitam...tetapi jika kita masukkan lada hitam ianya tidak banyak berbeza dengan apa yang kita panggil masak lada....lain kali saya akan bagi resepi ikan masak lada pula....selamat mencuba!